EUR/USD Bergerak Suram, Debaran Nantikan Keputusan Mesyuarat FOMC

407

US dolar dilihat gagal memberikan persembahan yang memuaskan pada dagangan pembukaan awal minggu ini selepas pengukuhan yang dipaparkan di penghujung minggu lalu.

Pelabur berkemungkinan sedang mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko dagangan menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Keputusan mesyuarat akan menjadi penentu arah pergerakan harga buat US dolar lebih jelas dengan terdapat jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar monetari mereka.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu, harga masih disokong pada zon 1.17000 selepas peningkatan dipamerkan sebaik harga menyentuh zon support tersebut.

Kenaikan harga walau bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan dengan pergerakan harga masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat meneruskan trend bearish.

Penurunan harga masih akan menguji zon support 1.17000 sehingga US dolar mendapat kekuatan untuk menekan harga lebih rendah.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan menjangkakan harga menuju zon support seterusnya pada 1.16000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Sekiranya zon 1.17000 kekal berjaya memberi sokongan untuk harga melonjak semula dan harga mula naik melepasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai petunjuk awal perubahan trend bullish.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji dahulu rintangan pada 1.17600 sebelum harga menuju ke zon tumpuan pada 1.18000 sebelum ini.

Pergerakan harga dijangka lebih perlahan sementara pelabur berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada minggu ini.

Lihat carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat