EUR/USD Bertukar ‘Bearish’? Harga Terjun 100 Pips Pada Penutup November

281

Perubahan arah harga pada carta-carta utama diperlihatkan pada dagangan penutup November semalam dipacu oleh pergerakan mata wang US dolar.

Selepas menyusut sehingga awal minggu ini, US dolar kembali paparkan pemulihan semula sejak Rabu lalu bersambung pada Khamis semalam.

Walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam catat bacaan yang hambar, namun US dolar berjaya kukuh berikutan penganalisis melihat berlaku aktiviti pengambilan untung (profit-taking) ke atas posisi terdahulu mata wang tersebut.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, terdapat tanda-tanda perubahan trend berlaku apabila corak kenaikan harga sebelum ini gagal diteruskan.

Setelah kenaikan harga mencapai paras 1.10000 sebelum ini, harga gagal untuk tembusi zon rintangan tersebut sebaliknya mula paparkan penurunan semula semalam.

Selain isyarat bearish harga yang susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, harga telah paparkan penurunan harian sekitar 100 pips semalam mencecah 1.08800.

Pergerakan harga dilihat perlahan di sekitar zon 1.09000 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini pada pembukaan awal Disember.

Jika corak penurunan semalam diteruskan hari ini, harga berkemungkinan akan mensasarkan untuk mencecah semula zon tumpuan pada 1.08000.

Namun, penganalisis berpandangan para pelabur tidak boleh terlalu awal untuk menjangkakan perubahan trend telah berlaku.

Masih ada potensi untuk harga kembali melantun menyambung kenaikan sebelum ini sekiranya US dolar kembali bergerak dalam landasan penyusutan sebelum ini menuju mesyuarat FOMC pada Disember.

Jika kenaikan harga berlaku, paras rintangan pada 1.10000 akan kembali diuji setelah gagal ditembusi sebelum ini.

Kenaikan yang melepasi paras tersebut dan juga halangan MA50 akan mencadangkan kenaikan lebih tinggi buat harga.

Liaht gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat