EUR/USD Capai Paras Tertinggi 6 Minggu Pada Penutup 2021

315

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD berjaya capai paras tertinggi terbaru 6 minggu!

Kenaikan tersebut dicapai pada penutup dagangan 2021 Jumaat lalu di sesi New York didorong oleh faktor penyusutan US dolar sehingga ke penghujung sesi.

Di samping kecairan yang rendah dalam pasaran, aktiviti pengambilan untung (profit taking) dijangka berlaku dalam kalangan pemain pasaran dengan US dolar diramal untuk kembali mengukuh pada tahun 2022.

Ini adalah berikutan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat dasar sebelum ini untuk mempercepatkan pengurangan pembelian bon (tapering) dan juga jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang disegerakan.

Pembukaan pasaran di awal tahun yang baru, di sesi Asia pagi Isnin melihatkan penurunan semula harga selepas paras ketinggian sekitar 1.13850 berjaya dicapai pada penutup dagangan minggu lalu mengakhiri tahun 2021.

Penurunan harga dijangka untuk menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD sebagai isyarat untuk harga pantul membuat kenaikan semula atau membuat penurunan lebih rendah.

Sekiranya penurunan lebih rendah berlaku, zon support pada 1.12500 sebelum ini akan kembali diuji setelah zon tersebut berjaya menyokong kenaikan harga untuk beberapa minggu.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji zon support utama pada 1.12000 yang menjadi zon terendah dicecah harga pada tahun 2021.

Untuk kenaikan harga pula, zon resistance pada 1.14000 masih menjadi rintangan penting untuk diuji harga sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Paras ketinggian lebih tinggi dilihat pada 1.14500 iaitu 50 pips lebih tinggi bakal menjadi tumpuan sekiranya rintangan pada 1.14000 berjaya ditembusi.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat