EUR/USD Cari Kekuatan Untuk Capai Balik $1.0800

92

Berikutan cuti umum di Amerika Syarikat (AS) semalam sempena Memorial Day, pasaran AS yang ditutup mendorong pergerakan perlahan khususnya bagi mata wang US dolar seperti yang telah dijangkakan.

Namun, situasi tersebut berkemungkinan boleh berterusan untuk beberapa hari ini susulan pelabur akan kekal berwaspada menantikan laporan data penting yang menanti di penghujung minggu seperti indeks harga PCE yang turut diperhatikan oleh bank pusat.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak mendatar dan sedikit meningkat ketika US dolar dilihat masih melanjutkan penyusutan nilainya sejak dari penutup minggu lalu.

Peningkatan beransur dengan perlahan, namun pelabur juga perlu berwaspada terhadap mata wang Euro yang berisiko untuk menjunam setelah petunjuk lebih jelas disampaikan oleh ahli bank pusat Eropah (ECB) untuk memulakan pemotongan kadar faedah pada Jun.

Ketika US dolar masih lagi melemah, Euro dilihat mengambil kesempatan untuk terus meningkat buat ketika ini.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD juga dilihat paparkan isyarat bullish dengan berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan jika diteruskan dilihat bakal menguji zon rintangan 1.09000 yang gagal dicapai pada minggu lalu.

Melepasi rintangan itu, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru 10 minggu sebelum sasaran harga akan beralih ke paras 1.10000.

Namun jika harga kembali paparkan kejatuhan semula, paras sokongan pada zon 1.08000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula.

Jika harga terus tembus ke bawah, akan menjadi isyarat bearish lebih jelas untuk harga lanjutkan penurunan dan harga berisiko untuk mencecah hingga ke sekitar 1.07000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat