EUR/USD Dijangka Bolos Dari Zon Mendatar $1.0700-$1.0600

241

Faktor perubahan sentimen pasaran menjadi penggerak dagangan pada minggu lalu ketika tumpuan kepada perang antara Iran dah Israel yang terus hangat.

US dolar mengukuh ketika sentimen pasaran berisiko namun dilihat tidak memaparkan pengukuhan yang ketara.

Pada minggu ini, beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) bakal diterbitkan yang menjadi tumpuan kepada Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka yang akan turut pengaruhi pergerakan US dolar.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, harga bergerak dalam julat 100 pips antara rintangan 1.07000 dan paras sokongan 1.06000.

Pergerakan mendatar tersebut menunjukkan harga ‘berehat’ seketika daripada corak terjunan yang berlaku pada minggu sebelum itu ketika reaksi pada data inflasi AS diterbitkan.

Pelabur akan memerhatikan sama ada akan yang bergerak dalam zon mendatar minggu lalu itu akan menembusi sama ada rintangan atau sokongan harga untuk tentukan arah pergerakan selanjutnya.

Ini akan bergantung kepada reaksi data terbaru yang diterbitkan termasuk data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS dan juga indeks harga PCE.

Sekiranya kenaikan harga berlaku dan menembusi rintangan pada 1.07000, berkemungkinan harga akan menunjukkan corak bullish minggu ini, menjangkakan penyusutan berlaku ke atas US dolar.

Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pada 1.08000 untuk dicapai sebelum reaksi pada paras tersebut diperhatikan untuk menilai pergerakan selanjutnya.

Namun jika terjadi penurunan harga pula, paras sokongan 1.06000 sekali lagi bakal diuji pada minggu ini.

Jika akhirnya harga tembus ke bawah, trend bearish sebelum ini akan diteruskan dengan jangkaan harga boleh mencecah hingga ke sekitar 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat