EUR/USD Dijangka Lebih ‘Bearish’ Di Awal Minggu Ini?

297

Setelah didagangkan lemah sepanjang minggu lalu, namun US dolar berjaya memaparkan pengukuhan semula pada Jumaat lepas.

Penganalisis melihat isyarat lebih jelas untuk Federal Reserve (Fed) semakin hampir menamatkan pengetatan dasar monetari selepas meneliti bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) pada data yang diterbitkan minggu lalu.

Justeru, US dolar dijangka akan bergerak lemah menuju ke mesyuarat FOMC pada awal Mei nanti.

Namun, pada penutup minggu lalu, walaupun data jualan runcit AS turut diterbitkan merosot, US dolar tetap memaparkan pengukuhan dengan penganalisis menilai berlaku aktiviti pengambilan untung (profit-taking) di penghujung minggu.

Situasi tersebut turut disokong oleh kenyataan bernada hawkish oleh Gabenor Fed Christopher Waller yang menyatakan bank pusat masih perlu meningkatkan kadar faedah lagi.

Oleh itu, US dolar dilihat masih lagi bergerak sedikit kukuh ketika menyambung dagangan pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Melihatkan carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang mencapai paras ketinggian 1.10700 pada penghujung minggu lalu mula menjunam semula pada sesi-sesi akhir sehingga melepasi paras 1.1000.

Penurunan di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu juga turut mencetus isyarat awal perubahan trend ke arah yang lebih bearish.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini (Isnin) namun masih menunjukkan corak penurunan di bawah zon 1.1000.

Jika penurunan lebih rendah diteruskan ke sesi-sesi seterusnya, zon 1.09000 dilihat yang terhampir untuk diuji.

Tembus lebih rendah akan mendorong harga menuju ke zon tumpuan pada 1.08000.

Sebaliknya jiak harga berjaya melonjak semula melepasi 1.10000, berkemungkinan trend bullish sebelum ini akan diteruskan kembali.

Harga perlu melepasi ketinggian dicapai minggu lalu untuk mencatatkan rekod terbaru dengan sasaran untuk menuju pada 1.12000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat