EUR/USD – Harga Tunjuk Reaksi Penting Pada Zon $1.0800

325

Pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD kembali menunjukkan reaksi pada zon penting yang diperhatikan pelabur.

Zon RBS (resistance become support) 1.08000 kekal menjadi tumpuan diuji minggu ini setelah diperhatikan sejak beberapa minggu sebelum ini.

Data indeks PCE AS yang diterbitkan semalam telah mengundang reaksi penyusutan awal US dolar, sebelum raja mata wang itu papar pengukuhan semula.

Penurunan harga yang berlaku di sesi New York semalam dilihat mencecah zon itu, namun harga tidak terus tembus ke bawah, sebaliknya mendatar selepas mencecahnya dan pergerakan perlahan itu kekal sehingga ke penutup sesi.

Bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini, harga kembali melantun semula dari zon RBS 1.08000 itu untuk menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Jika halangan itu gagal dilepasi, harga akan kekal bergerak dalam corak bearish dan berisiko untuk alami kejatuhan lebih rendah.

Jika penurunan harga berlaku menyaksikan harga susut di bawah zon 1.08000, kecenderungan semakin tinggi untuk kejatuhan harga berlaku.

Sasaran sehingga ke paras 1.07000 untuk penurunan harga jika berterusan selepas ini.

Sebaliknya, jika lonjakan harga berjaya dipamerkan kembali, paras yang dicapai awal minggu sekitar 1.08600 akan cuba untuk dicapai dan diatasi.

Seterusnya, paras minggu lalu pula akan cuba dicabar harga sebelum zon rintangan 1.09000 menanti untuk diuji.

Data tinjauan pengguna dan sektor pembuatan AS akan diperhatikan malam nanti dan dijangka akan pengaruhi US dolar di penutup minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat