EUR/USD Jatuh Bawah Paras Pariti $1.000, Terendah 20 Tahun!

265

Gagal untuk membendung kejatuhan lebih rendah, nilai Euro berbanding US dolar telah susut di bawah pariti 1 =1$.

Perkembangan semakin membimbangkan di Eropah berkaitan krisis tenaga yang berlarutan di mana Rusia dilaporkan untuk menutup saluran paip Nord Stream 1 selama 3 hari di penghujung Ogos nanti atas alasan kerja-kerja penyelenggaraan.

Ini telah menyebabkan penyusutan pada nilai mata wang Euro di awal minggu selain pelabur saham juga menyaksikan saham-saham utama di Eropah mengalami kemerosotan.

Sementara US dolar pula dilihat masih mengekalkan corak pengukuhan nilainya dengan sentimen pasaran yang dinilai berisiko ekoran kebimbangan pelabur terarah pada risiko kemelesetan ekonomi semula.

Petunjuk lebih jelas untuk pergerakan harga selanjutnya kini menantikan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada acara tahunan Simposium Jackson Hole di penghujung minggu.

Harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan corak penurunan di awal minggu ini menyambung trend bearish minggu lalu sehingga melepasi paras pariti 1.0000.

Penurunan diteruskan sehingga ke sesi New York semalam mencecah ke sekitar 0.99300 merekodkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Penurunan tersebut juga turut mengatasi paras terendah yang dicatatkan sebelum ini iaitu pada Julai lalu di sekitar 0.99500.

Jika corak bearish tersebut masih dikekalkan, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke paras sekitar 0.9800 untuk rekod terendah terbaru lagi.

Sebaliknya, jika situasi lonjakan seperti pada Julai lalu berulang semula, harga yang bergerak di atas paras pariti 1.0000 semula bakal memberi isyarat untuk perubahan trend harga.

Melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD akan meningkatkan jangkaan untuk menuju ke paras rintangan tumpuan sebelum ini seperti 1.01000 dan 1.01600.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat