EUR/USD Junam Ke $1.0700, Terendah 13 Minggu!

162

US dolar paparkan pengukuhan ketara semalam susulan pasaran memberi reaksi terhadap data penting yang diterbitkan iaitu inflasi Amerika Syarikat (AS).

Bacaan inflasi tahunan AS untuk Januari catat angka 3.1%, sedikit menurun dari bulan sebelumnya namun tidak mencapai ramalan 2.9%.

Setelah dinilai, pasaran melihat inflasi AS masih lagi tinggi dan belum lagi tiba waktu sesuai untuk Federal Reserve (Fed) memulakan langkah penurunan kadar faedah dalam tempoh terdekat ini, sekurang-kurangnya tidak pada Mac.

Justeru, US dolar telah mengukuh ke paras tertinggi 3 bulan dan membenam mata wang Euro ke paras terendah terbaru 13 minggu.

Ini dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam dengan terjunan harian harga hampir 100 pips berlaku.

Pada mulanya kenaikan harga dilihat menuju ke paras 1.08000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) itu.

Namun belum sempat harga menyentuhnya, harga membuat terjunan di sesi New York ketika data inflasi itu diterbitkan.

Pengukuhan ketara US dolar telah menekan harga jatuh hingga mencecah ke paras tumpuan 1.07000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru.

Harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dijangka akan mengekalkan pergerakan bearish untuk ke paras lebih rendah lagi hari ini.

Pergerakan harga di sesi Asia mendatar perlahan di atas 1.07000 dengan jangkaan penurunan harga akan diteruskan untuk terus memecahkan rekod terendah yang baru.

Sasaran adalah untuk mencecah hingga ke paras tumpuan berikutnya pada 1.06000.

Sementara, jika situasi berubah menyaksikan harga melonjak naik semula, zon SBR 1.08000 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji.

Sekiranya berjaya melepasi halangan itu, akan menjadi isyarat bullish untuk kenaikan lebih tinggi harga diteruskan menuju ke zon 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat