EUR/USD Kekal Berlegar Di Paras Tertinggi 3 Bulan

192

Ketiadaan faktor terbaru yang menyokong pengukuhan US dolar telah mendorong prestasi suram raja mata wang itu berterusan lagi pada pembukaan awal minggu ini.

Tambahan, data jualan rumah baru Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Oktober yang diterbitkan di sesi New York semalam turut menambahkan tekanan kepada US dolar apabila bacaan data lebih rendah berbanding ramalan.

Oleh itu, mata wang utama lain dalam pasaran terus memanfaatkan peluang untuk catatkan peningkatan nilai dagangan masing-masing.

Begitu juga Euro, walaupun peningkatan perlahan namun kekal berlegar di paras ketinggian 3 bulan berbanding US dolar.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak perlahan di bawah paras 1.09600 yang merupakan rintangan diuji minggu lalu.

Juga berlaku sedikit penurunan di awal sesi New York semalam, namun harga disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum harga melantun naik semula.

Kenaikan harga kembali menghampiri semula zon 1.09600 dan harga mendatar di sekitar tersebut sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa).

Jika corak bullish berjaya dikekalkan, harga berkemungkinan bakal mengatasi rintangan 1.09600 sebelum meneruskan kenaikan menuju sasaran pada 1.10000.

Situasi penyusutan US dolar yang berterusan akan mendorong harga catatkan paras ketinggian terbaru.

Sebaliknya jika harga gagal melepasi 1.096000 dan mula susut di bawah paras sokongan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk penurunan harga bermula.

Harga boleh kembali semula ke sekitar 1.09000 sebelum penurunan lebih rendah dilanjutkan menuju ke paras 1.08000.

Tumpuan pada hari ini pula terarah kepada ucapan oleh ahli-ahli FOMC dan juga terbitan data keyakinan pengguna AS dengan jangkaan bacaan angka yang menurun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat