EUR/USD Kembali Melonjak Sejak Rabu Menguji Paras Tumpuan 1.13000

475

Matawang anti-USD iaitu dolar Euro berjaya melonjak pada dagangan semalam berbanding matawang Amerika tersebut bersambung sehingga dagangan pada hari ini selepas mesyuarat FOMC memutuskan kadar faedah masih lagi dikekalkan.

Namum begitu, komen susulan bank pusat ternyata dovish seperti yang dijangkakan para pelabur di mana isyarat terhadap penurunan kadar faedah oleh Fed bagi berdepan cabaran pertumbuhan global da risiko domestik.

Selain itu juga, bank pusat mempertimbangkan penurunan kadar berdasarkan faktor ketegangan perdagangan dan juga kadar inflasi yang lemah.

Oleh itu, Euro berjaya melonjakkan kembali dagangannya berbanding USD di mana sebelum ini matawang Eropah tersebut ditekankan oleh ucapan dovish oleh Gabenor Mario Draghi yang memberi isyarat beberapa lagi penurunan kadar oleh bank pusat Eropah.

Pergerakan pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD semalam telah berjaya mematahkan siri penurunan harag sejak minggu lalu dengan penurunan terendah semasa mencecah ke paras support 1.11800.

Harga yang berjaya melakukan lonjakan semalam menyambung kenaikan harga sehingga sesi pasaran Eropah hari ini menyaksikan paras 1.13000 pada zon SBR (support become resistance) kembali diuji.

Harga dilihat mengalami kesukaran untuk meneruskan kenaikan melepasi paras tersebut sebelum sedikit berundur ke paras resistance 1.1289 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, harga dijangka akan menuju ke paras ketinggian dagangan Jun sebelum ini di sekitar resistance 1.13500. Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi berkemungkinan mencatatkan paras ketinggian baru di paras 1.13700.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, destinasi tumpuan harga adalah dilihat pada paras Magic Pivot 1.1222 hari ini yang juga merupakan zon SBR pada carta harga EUR/USD.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu mengawal risiko pada posisi dagangan anda.

Paras support: 1.1190, 1.1155, 1.1123.

Paras resistance: 1.1257, 1.1289, 1.1324.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat