EUR/USD Lonjak Naik Semula Dari Zon Support $1.0800 Menjelang NFP!

226

Pasaran berubah arah semalam menyaksikan US dolar yang mengukuh selepas mesyuarat FOMC telah kembali alami penyusutan ketara semula.

Di sesi New York semalam, pelabur menyaksikan US dolar melemah dan tidak dapat meneruskan momentum positif sebelumnya walaupun data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang positif.

Pelabur meletakkan kebimbangan terhadap ramalan laporan pekerjaan NFP AS yang suram bakal diterbitkan malam nanti, yang menjadi amaran oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Powell pada mesyuarat FOMC dalam kenyataan beliau turut memberi petunjuk sekiranya sektor buruh di AS semakin buruk, berkemungkinan Fed akan mempercepatkan langkah pemotongan kadar faedah.

Penyusutan ketara US dolar di sesi New York semalam kembali memberi ruang untuk kebanyakan mata wang utama untuk mengukuh semula termasuk Euro.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga sekali lagi menguji zon support 1.08000 selepas reaksi mesyuarat FOMC semalam.

Walaupun cubaan untuk tembus lebih rendah itu berlaku, harga sekadar mencecah 1.07800 sebelum lonjakan semula dipaparkan di aras 1.08000 dengan paras ketinggian dicapai pada penghujung sesi New York adalah sekitar 1.08700.

Pergerakan harga perlahan mendatar di paras tersebut menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Jika corak kenaikan semalam masih diteruskan hari ini, kenaikan lebih tinggi dilihat akan cuba untuk menembusi zon 1.09000 sebelum mengatasi ketinggian beberapa minggu sebelum ini.

Seterusnya, sasaran adalah pada 1.10000 untuk diuji yang menjadi rintangan buat harga sejak dagangan awal Januari lalu.

Namun harga juga boleh menjunam kesan reaksi terhadap laporan data pekerjaan NFP yang diterbitkan.

Terjunan awal harga dijangka akan menguji sekali lagi support pada 1.08000 dan berkemungkinan memberi reaksi seketika.

Tembus lebih rendah akan menjangkakan pergerakan bearish diteruskan dengan sasaran akan beralih pula kepada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat