EUR/USD Makin Tenggelam Ke Paras Terendah Terbaru Untuk Januari!

193

US dolar telah paparkan pengukuhan lebih jelas pada dagangan Selasa semalam setelah pelabur terus menilai unjuran dasar monetari Federal Reserve (Fed) untuk tahun 2024 ini.

Ucapan disampaikan oleh gabenor Fed Christopher Waller memberi isyarat bahawa bank pusat perlu kekal berwaspada dan pelonggaran dasar monetari mungkin akan ditangguhkan terlebih dahulu.

Penurunan kadar faedah tetap dijangkakan akan berlaku namun berkemungkinan tidak sepantas yang diramalkan sebelum ini.

Dengan situasi pengukuhan US dolar itu, kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran termasuk Euro alami tekanan penurunan harga.

Walaupun data tinjauan Zew Jerman diterbitkan positif semalam, tetap gagal untuk menyokong pengukuhan Euro berbanding US dolar.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah papar corak bearish dengan penurunan bermula dari sesi Asia sehingga ke penghujung sesi New York.

Paras terendah terbaru berjaya dicatatkan ketika penurunan telah mencecah berhampiran paras 1.08600 sebelum pergerakan harga mendatar di sesi Asia pagi ini (Rabu) sekitar 1.08700.

Dengan pergerakan harga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, penurunan lebih rendah akan dijangka untuk diteruskan lagi.

Sasaran seterusnya adalah untuk harga menuju zon support pada 1.08000 sekaligus akan catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Namun, jika harga paparkan lantunan semula, halangan MA50 akan diuji dan jika ditembusi akan memberi isyarat untuk perubahan trend buat harga.

Kenaikan akan diteruskan untuk menguji pula paras rintangan pada 1.10000 yang kebal dari ditembusi sepanjang cubaan minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat