EUR/USD Memanjat 100 Pips Menjelang Terbitan Data Inflasi AS

376

Matawang Euro kembali menyerlahkan penguasaan di kala mengambil kesempatan susulan kedukaan permintaan yang berkurang daripada matawang USD dek kerana kegusaran virus Omicron makin reda.

Namun turut terdapat kebarangkalian yang besar bahawa mungkin ada berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) yang serba sedikit telah merencatkan USD untuk terus mencatat pengukuhan.

Walau bagaimanapun pelabur dilihat masih lagi mempunyai keyakinan terhadap Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan langkah pengetatan dasar polisi lebih awal bagi membendung inflasi yang tinggi.

Nampaknya harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah memapar kejutan dengan lonjakan harian sekitar 100 pips yang sekali gus sudah melepasi zon RBS (resistance become support) 1.13000.

Pergerakan harga itu juga dapat diperhatikan setelah harga mula mengatasi trendline resistance pada awal sesi Asia Rabu sebelum harga kembali membuat rebounce dan terus menyambung peningkatan.

Faktor berkenaan sama sekali akan diambil kira oleh pelabur untuk merealisasikan ia sebagai petunjuk awal kepada trend bullish yang juga telah bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Ini membuktikan bahawa pelabur mungkin akan membuat jangkaan untuk melihat harga melakukan rebounce sekali lagi bagi membentuk HL (higher low) sebelum tumpukan sasaran ke zon SBR 1.14000.

Lonjakan berikutnya bakal menyaksikan pergerakan harga mencapai zon SBR 1.15000 untuk kekalkan trend bullish yang lebih ketara menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Akan tetapi jikalau harga pada carta EUR/USD kembali mencatatkan penurunan, sudah tentunya zon RBS 1.13000 serta trendline resistance bakal menjadi tumpuan utama untuk dicecah terlebih dahulu.

Manakala zon sokongan 1.12000 juga berkemungkinan akan menjadi hala tuju selanjutnya untuk diuji sekiranya pergerakan harga terus berupaya dalam merekodkan penurunan harga yang lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat