EUR/USD Merangkak Perlahan Di Paras $1.0700

205

US dolar papar pergerakan perlahan di awal minggu ketika tumpuan pasaran lebih terarah kepada mata wang Yen dengan kemungkinan telah berlaku campur tangan oleh pihak berkuasa Jepun.

Namun, kerajaan dan bank pusat Jepun (BOJ) masih tidak memberi sebarang penjelasan berkenaan situasi itu sehingga setakat ini.

Pelabur kekal berwaspada menantikan mesyuarat FOMC yang berlangsung pada awal pagi Khamis nanti yang dijangka akan memberi impak besar terhadap pasaran dan pergerakan harga.

Dengan petunjuk lebih jelas untuk hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed), pelabur juga akan mendapat gambaran bagi kekuatan mata wang US dolar.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat kekal berlegar perlahan di atas paras 1.07000 pada awal minggu semalam.

Paras ketinggian yang dicapai hanyalah sekitar 1.07300 dan harga yang menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Selasa) dilihat menghampiri semula paras 1.07000 yang menjadi paras sokongan semasa buat harga.

Pergerakan di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu boleh memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish, namun pelabur akan menantikan isyarat yang lebih jelas.

Ketidaktentuan pasaran di penutup dagangan April ini selain berdepan mesyuarat FOMC akan mengundang risiko lebih tinggi kepada pelabur.

Untuk jangkaan kenaikan harga jika diteruskan, paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.07500 bakal dicabar untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga adalah menuju sekitar zon 1.08000.

Namun jika harga ditekan jatuh di bawah paras 1.07000, pergerakan trend bearish akan dijangkakan untuk berlaku.

Penurunan yang dilanjutkan bakal mencecah semula ke zon support sebelum ini iaitu pada 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat