EUR/USD Mula Pamer Kenaikan Selepas Data NFP AS Mengecewakan

339

Setelah corak penurunan harga dipamerkan pada awal minggu disusuli pergerakan mendatar menuju penghujung minggu pada carta pasangan matawang EUR/USD minggu lalu, harga kembali menunjukkan kenaikan selepas laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.

Laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Disember mencatatkan pertambahan yang lebih rendah pada 145,000 pekerjaan meleset berbanding jangkaan 162,000 oleh pasaran. Angka tersebut jauh lebih rendah berbanding kenaikan drastik pada November pada 256,000 pertambahan pekerjaan dicatatkan.

Pergerakan harga pada EUR/USD mencatatkan kenaikan lebih 40 pips pada sesi New York Jumaat lalu sebelum menutup dagangan di sekitar paras 1.11100.

Harga yang kini berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan EUR/USD, memulakan dagangan pada minggu ini dengan kenaikan yang dipamerkan seawal sesi Asia bermula.

Harga menguji paras ketinggian yang dicatatkan Jumaat lalu yang juga merupakan zon minor SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menguji trendline yang menjadi petunjuk trend harga masih bearish. Melepasi paras tersebut berkemungkinan memberi isyarat berlakunya perubahan trend.

Namun, pasaran kini sedang menantikan acara tumpuan minggu ini iaitu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat yang akan ditandatangani pada Rabu di White House.

Sentimen positif pasaran bakal kembali menyokong semula pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Jika ini terjadi, harga pada carta EUR/USD bakal mempamerkan penurunan lebih rendah melepasi sokongan dinamik MA50 dan juga paras penting 1.11000.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support terdekat sekitar 1.10700 sebelum harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Paras 1.10400 yang merupakan zon support pada Disember lalu akan menjadi destinasi tumpuan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat