EUR/USD Mula Tunjuk Tanda-Tanda Nak Melompat Balik

494

Pasaran penghujung minggu dijangka perlahan dengan kebanyakannya ditutup sempena perayaan Krismas dengan tumpuan utama terarah kepada perkembangan Brexit.

US dolar pada sesi New York semalam dilihat kembali bergerak lemah walaupun pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang telah diluluskan Kongres tidak disenangi oleh Presiden Donald Trump.

Pakej bantuan yang perlu ditandatangani oleh beliau telah dipertikaikan dengan menyatakan nilai bantuan $600 kepada rakyat sangat rendah sementara banyak dibazirkan untuk perkara yang tidak perlu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga gagal turun lebih rendah di bawah zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.12500.

Pada Rabu, harga berlegar di atas zon RBS tersebut selepas beberapa kali gagal untuk meneruskan penurunan.

Pada sesi Asia hari ini pula, harga mula membuat kenaikan dari zon tersebut dan telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat awal perubahan trend bullish akan berlaku semula.

Namun, sentimen pasaran semasa yang tidak menentu membuatkan pelabur berwaspada terhadap arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras rintangan 1.22500 akan kembali diuji sekali lagi minggu ini.

Melepasi zon resistance tersebut akan mendorong harga menuju ke paras tumpuan pada ketinggian 1.23000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Namun jika harga menjunam sehingga melepasi zon RBS 1.21800-1.21500, penurunan harga selanjutnya bakal menuju zon support di bawah paras 1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat