EUR/USD Pacak Ke Paras $1.0800 Gara-Gara NFP

155

US dolar menamatkan dagangan pada penghujung minggu lalu dengan prestasi yang merosot berikutan mengalami penyusutan nilai yang ketara selepas reaksi laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.

Pertambahan pekerjaan pada April adalah lebih rendah daripada ramalan, pertumbuhan gaji menurun dan kadar pengangguran meningkat semula di AS.

Sebagai petunjuk penting untuk penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed), kecenderungan untuk peralihan kepada pelonggaran dasar mula meningkat semula dalam pasaran.

Situasi ini telah mendorong US dolar bergerak lemah selepas NFP memberi isyarat yang bercanggah daripada keputusan mesyuarat FOMC sebelum itu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat berlegar di sekitar zon 1.07000 selepas mesyuarat FOMC berakhir.

Namun di penghujung minggu, US dolar terus bergerak lemah sehingga bersambung selepas laporan data pekerjaan NFP diterbitkan.

Lonjakan harga telah mencapai paras tumpuan pada 1.08000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Namun, harga berundur turun semula selepas menguji paras tersebut sebelum harga mendatar dan perlahan menutup dagangan sesi terakhir minggu itu sekitar paras 1.07600.

Pergerakan harga perlahan di sekitar tersebut pada pembukaan sesi pertama awal minggu ini dan masih mengekalkan isyarat bullish apabila harga kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menembusi rintangan 1.08000 yang diuji minggu lalu.

Seterusnya, kenaikan bakal diteruskan untuk menuju sasaran ketinggian terbaru pada zon 1.09000.

Sebaliknya jika harga paparkan penurunan semula, paras tumpuan terhampir harga dilihat berada pada sekitar 1.07000.

Harga yang turun melepasi bawah sokongan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend harga sebelum penurunan lebih rendah dilanjutkan.

Selepas melepasi paras 1.07000, penurunan harga dijangka akan diteruskan menuju zon support sebelum ini sekitar 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat