EUR/USD Pacak Ke Paras Tertinggi 3 Minggu Sebelum Berundur

264

Kenaikan harga berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

US dolar alami penyusutan nilai agak ketara pada sesi Eropah namun situasi berubah pada sesi berikutnya.

Justeru, harga dilihat pada mulanya melonjak ke ketinggian sekitar 1.08880 namun kembali ditekan jatuh semula menuju ke zon 1.08000 semula.

Pengukuhan US dolar di sesi New York disokong oleh terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan yang baik untuk bulan Februari.

Pergerakan harga perlahan di sekitar 1.08200 ketika menyambung dagangan pada awal sesi Asia pagi ini setelah harga ditutup sekitar tersebut pada sesi sebelumnya.

Hagra turut meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang memberi isyarat masih bullish untuk harga.

Kenaikan harga jika diteruskan sekali lagi seperti semalam bakal menuju zon 1.09000 untuk cuba ditembusi.

Paras ketinggian terbaru akan dicatatkan jika harga berjaya tembus zon penting tersebut dengan sasaran beralih kepada 1.1000.

Sebaliknya jika harga susut di bawah zon 1.08000, ini akan menjadi isyarat bearish untuk harga berisiko jatuh lebih rendah semula.

Sasaran untuk dituju pada penurunan yang diteruskan harga adalah mencecah paras sokongan 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat