EUR/USD Pacak Semula Naik Gara-gara Ucapan Powell

358

Perubahan corak pergerakan mata wang US dolar lebih jelas kelihatan pada sesi New York semalam yang ketara melemah menuju penghujung minggu.

Penyusutan US dolar adalah lebih ketara berbanding pengukuhan di awal minggu susulan pasaran memberi tumpuan kepada kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bernada dovish.

Dalam ucapannya semalam, Powell mengulangi bahawa kitaran dasar bank pusat telah berada di penghujungnya, dan ahli FOMC juga bersetuju untuk pelonggaran dasar dilaksanakan selepas ini.

Cuma ketika ini belum sesuai untuk dilakukan dan Fed tidak perlu tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan lebih tinggi harga dipamerkan semalam menyaksikan perubahan pada arah pergerakan sebelum ini.

Setelah penurunan di awal minggu mencecah sekitar 1.07300, kenaikan harga semalam telah menembusi zon penting pada 1.08000.

Pergerakan harga di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut mencadangkan trend bullish harga bermula.

Seterusnya kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan selepas momentum semalam, untuk harga menuju pula ke zon tumpuan pada 1.09000.

Namun ketidaktentuan dalam pasaran membimbangkan pelabur ketika menantikan laporan data pekerjaan NFP diterbitkan pada Jumaat nanti.

Harga berisiko untuk berpatah arah membuat penurunan semula jika gagal meneruskan corak kenaikannya itu.

Penurunan harga dilihat akan menguji zon 1.08000 dan jika tembus lebih rendah ke bawah, paras terendah yang dicecah di awal minggu akan menjadi sasaran semula.

Seterusnya, zon 1.07000 akan dijangka untuk dicecah sekiranya penurunan lanjut harga diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat