EUR/USD Pamer 120 Pips Penurunan Harga Setelah Gagal Tembusi Rintangan 1.14000

1,128

Gagal melepasi paras resistance 1.14000 setelah diuji beberapa kali semalam, harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah pamerkan penurunan ketara didorong pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Sentimen yang kembali berisiko berikutan unjuran lemah oleh Fed terhadap pemulihan ekonomi telah meningkatkan kebimbangan dalam pasaran dengan indeks saham utama di US pamer kejatuhan.

Sentimen risk-off telah mengukuhkan semula dagangan safe-haven terutama US dolar yang telah bergerak lemah sejak beberapa minggu.

Sementara matawang Euro gagal mengekalkan pengukuhan ekoran pelabur masih menunggu perkembangan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang dibimbangi terhalang oleh beberapa isu yang timbul dalam pengagihan bantuan kewangan kepada negara-negara anggota.

Harga pada carta EUR/USD pada sesi New York telah membuat penurunan melepasi paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan harga telah dicatatkan sekitar 120 pips dari paras halangan 1.14000 sehingga ke paras 1.12800 pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini.

Pada awal sesi Eropah pula, harga yang yang dilihat menguji sekitar paras 1.13100 dijangka akan menyambung semula penurunan harga.

Harga bakal turun menguji paras support mingguan pada 1.12500 di zon RBS (resistance become support) sebelum turun lebih rendah menuju zon RBS 1.12000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, paras halangan MA50 yang berjaya ditembusi akan kembali menguji paras rintangan 1.14000.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance pada 1.14900 yang diuji pada dagangan Mac lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat