US dolar kekal bergerak suram berbanding Euro bermula dari pembukaan awal minggu hingga Selasa semalam.
Setelah papar prestasi corot, US dolar sedikit dipulihkan dengan terbitan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.
Data pesanan barangan tahan lama catat angka tinggi bagi bulan Mei, selain data keyakinan pengguna AS dan jualan runcit juga turut papar bacaan yang memberangsangkan.
Ini sedikit menghalang momentum pengukuhan Euro yang masih mempunyai ruang setelah bank pusat Eropah (ECB) masih mengekalkan pendirian hawkish mereka pada dasar monetari.
Pergerakan harga diterjemahkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD dengan kenaikan harian semalam sekitar 70 pips diperlihatkan.
Harga yang mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD di sesi Asia semalam terus meningkat bersambung ke sesi Eropah mencapai 1.09750.
Namun, selepas data diterbitkan, harga sedikit berundur dan mendatat sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.09600.
Sekiranya harga masih lagi mengekalkan corak menaik selepas ini, kenaikan harga dijangka akan menyentuh kembali paras penting 1.10000.
Paras rintangan yang dicapai pada minggu lalu itu bakal diuji sekali lagi sebelum harga boleh catatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu dengan sasaran akan beralih hingga ke 1.12000.
Namun, jika pengukuhan US dolar lebih ketara, harga berkemungkinan akan ditekan turun melepasi sokongan MA50 dan paras 1.09000.
Selepas menilai isyarat pergerakan bearish, pelabur akan bersedia bagi penurunan harga menuju ke zon tumpuan 1.08000 setelah melepasi paras terendah dicecah minggu lalu.
Tumpuan kini akan terarah pada forum ECB yang dihadiri oleh gabenor-gabenor bank pusat utama termasuk Christine Lagarde dan Jerome Powell.
Sebarang petunjuk berkenaan dasar monetari bank pusat boleh mempengaruhi kedua-dua mata wang Euro dan US dolar itu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG