EUR/USD Paparkan Corak Penurunan Menjelang Mesyuarat ECB

478

Prestasi pasaran saham catat kemerosotan pada Selasa semalam dengan pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS) ditutup merah. Ini menjadi petunjuk sentimen berisiko pasaran untuk pelabur ekoran kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan Coronavirus varian Delta yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Susulan sentimen risk-off tersebut telah mendorong pengukuhan lebih ketara US dolar sebagai mata wang safe-haven semalam selepas memberi isyarat awal untuk mengukuh di awal minggu.

Selain itu juga, peningkatan pada hasil perbendaharaan AS hampir ke paras 1.40% turut menyokong peningkatan nilai US dolar dalam pasaran.

Selepas mencecah paras terendah hampir 1 bulan pada minggu lalu, US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula berbanding Euro menjelang mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada minggu ini.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berjaya mencapai paras ketinggian terbaru ke paras rintangan 1.19000 pada penghujung minggu lalu mula mempamerkan corak penurunan harga pada minggu ini.

Penurunan yang dipamerkan semalam menyaksikan harga telah susut ke paras terendah harian sekitar 1.18400 di penghujung sesi New York, lebih rendah berbanding pergerakan harga pada Isnin.

Dengan corak penurunan yang dipaparkan berkemungkinan akan mendorong harga untuk menuju ke paras sokongan 1.18000 bagi menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Jika keputusan mesyuarat ECB juga menambahkan tekanan terhadap Euro, harga boleh susut lebih rendah di bawah zon 1.1800 tersebut seterusnya menuju pula ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.17000.

Sebaliknya jika sentimen pasaran kembali berubah dan menekan semula pergerakan US dolar, harga berkemungkinan mampu membuat kenaikan semula menguji zon rintangan 1.19000 yang dicapai minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi mengatasi zon tersebut memberi isyarat positif untuk trend bullish harga diteruskan menuju ke zon tumpuan seterusnya pada ketinggian 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat