US dolar kekalkan pengukuhan pada Rabu semalam untuk didagangkan meningkat ke paras tertinggi 7 minggu ketika penganalisis menilai beberapa faktor yang masih menyokong situasi tersebut.
Perkembangan semasa bagi isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) walau bagaimanapun menunjukkan kemajuan yang positif, membuatkan pasaran lebih optimis terhadap kesepakatan yang diharapkan.
Hasil perbendaharaan 10-tahun AS yang semakin meningkat juga memberi sokongan terhadap pengukuhan semasa buat US dolar.
Mata wang Euro dilihat semakin ditekan ke paras lebih rendah akibat pengukuhan oleh US dolar sehingga semalam.
Bacaan akhir bagi inflasi di Eropah kekal tidak berubah diterbitkan di sesi Eropah semalam, tidak memberi kesan terhadap pergerakan Euro.
Ini dapat diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-terus-kukuh-gold
Seperti yang dijangkakan, penurunan harga telah diteruskan selepas harga berjaya melepasi paras terendah pada pembukaan awal minggu sekitar 1.08500.
Hampir menyentuh paras tumpuan 1.08000, harga turun mencecah sekitar 1.08100 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Pergerakan harga yang kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih menunjukkan isyarat bagi trend bearish.
Jangkaan penurunan jika diteruskan lagi hari ini (Khamis), akan menembusi 1.08000 sebelum melanjutkan lagi penurunan lebih rendah yang beralih sasaran ke 1.07000.
Sementara, sekiranya harga semakin melantun jauh dari zon 1.08000 menuju dagangan penghujung minggu ini, harga bakal melepasi dahulu halangan MA50 untuk petunjuk awal perubahan arah harga.
Seterusnya, zon 1.09000 akan dituju untuk diuji sebelum kenaikan yang berjaya diteruskan bakal mencapai semula paras tumpuan 1.10000 sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG