EUR/USD Semakin Hilang Arah Di Penghujung Minggu, Ini Trader Perlu Tahu

195

US dolar kembali paparkan pengukuhan semula ketika dagangan menuju penghujung sesi New York semalam selepas raja mata wang itu bergerak susut di sesi Eropah.

Perubahan pada sentimen semasa pasaran ketika musim laporan pendapatan korporat yang sedang menjadi tumpuan akan menjangkakan pergerakan tak menentu sehingga ke minggu hadapan.

Namun, tumpuan tetap terarah pada kenyataan bernada hawkish yang disampaikan oleh ahli-ahli Federal Reserve (Fed) terhadap dasar monetari yang terus meyakinkan pasaran bahawa pengetatan polisi yang agresif akan berterusan sehingga ke penghujung 2022.

Turut menyokong pengukuhan US dolar pada sesi New York semalam apabila terbitan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan angka penurunan memberi isyarat yang positif terhadap perkembangan ekonomi AS.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga dipaparkan ketika mata wang Euro turut menerima tempias positif pengukuhan Pound ketika reaksi pasaran terhadap berita peletakan jawatan Liz Truss sebagai Perdana Menteri UK.

Harga telah membuat kenaikan melepasi paras 0.98000 mencapai ketinggian pada sekitar 0.98400 sebelum menyaksikan penurunan semula menuju penghujung sesi New York.

Menutup dagangan sesi New York di sekitar 0.97800, harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menunjukkan isyarat untuk menyambung pergerakan bearish.

Sekiranya penurunan harga diteruskan, tumpuan adalah pada zon 0.97000 yang menjadi zon penting pada dagangan minggu lalu.

Melepasi zon sokongan tersebut, penurunan harga boleh dijangkakan untuk mencecah sehingga ke sekitar 0.95500 semula.

Sebaliknya jika harga memaparkan corak kenaikan pada sesi-sesi akhir dagangan minggu ini, sasaran kenaikan adalah pada zon rintangan 0.99000 selepas melepasi paras 0.98000 terlebih dahulu.

Seterusnya, untuk pergerakan bullish harga, zon pariti 1.0000 bakal dicapai semula selepas kali terakhir harga menyentuhnya pada dagangan awal Oktober lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat