EUR/USD Sudah Jatuh Cecah $1.0800, Boleh Pergi Rendah Lagi?

249

Walaupun data JOLTS Amerika Syarikat (AS) catat angka bacaan yang kurang memuaskan, namun US dolar masih berjaya mengekalkan pengukuhannya di sesi New York semalam.

Dilihat menyokong raja mata wang itu adalah data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS yang diterbitkan meningkat untuk bulan November.

US dolar meneruskan pengukuhan yang telah dipaparkan sejak pertengahan minggu lalu sehingga semalam, namun penganalisis memberi amaran risiko untuk US dolar kembali melemah semula berdasarkan faktor fundamental bank pusat.

Tumpuan akan diberikan kepada terbitan data pekerjaan ADP AS di sesi New York malam nanti yang akan menjadi petunjuk awal untuk laporan NFP AS pada Jumaat nanti.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD diperhatikan pelabur dengan corak bearish masih dikekalkan.

Harga telah menyambung penurunan di bawah paras 1.08000 di sesi New York semalam sebelum pergerakan harga mula mendatar di bawahnya bersambung hingga pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Dengan harga yang kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50), penganalisis mengekalkan unjuran pergerakan bearish harga untuk diteruskan.

Jangkaan untuk penurunan lanjut harga adalah untuk menuju sehingga paras 1.07000 yang berkemungkinan akan mencetus reaksi menarik harga di sekitar tersebut.

Namun jika harga berjaya melantun semula di atas 1.08000 dan kemudiannya melepasi halangan MA50, ini akan menjadi isyarat untuk harga meneruskan kembali corak bullish seperti minggu-minggu sebelum ini.

Kenaikan harga akan menuju semula ke zon rintangan diuji minggu lalu iaitu pada 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat