EUR/USD Susut Hampiri Zon $1.0800, Tapi Melantun Semula

107

Walaupun tidak begitu ketara, US dolar telah memaparkan pengukuhan semula pada dagangan minggu lalu yang memulih dari prestasi corot dari minggu sebelumnya.

Namun di sesi-sesi akhir minggu lalu, US dolar sedikit melemah semula berikutan dipercayai berlaku aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran.

Penganalisis jangkakan US dolar mampu untuk menyambung semula pengukuhannya itu, namun akan dipengaruhi oleh petunjuk pada data-data yang akan diterbitkan seperti bacaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku pertama dan data indeks harga PCE.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan penurunan setelah gagal mencapai semula zon rintangan 1.09000.

Penurunan sehingga ke pengjung minggu telah menghampiri zon RBS (resistance become support) 1.08000 sebelum berlaku separuh lantunan di sesi akhir.

Harga telah melepasi semula garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut yang boleh memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan di awal minggu ini, jangkaan adalah untuk mencapai semula zon 1.09000 dan menguji rintangan tersebut.

Jika berjaya harga lepasinya, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan dengan pergerakan trend bullish harga yang dilanjutkan akan menjangkakan sasaran sehingga paras 1.1000.

Sebaliknya jika harga paparkan penurunan semula, zon RBS 1.08000 bakal diuji dan akan menjadi risiko buat harga jika melepasi bawah zon itu.

Jika berlaku, isyarat bearish lebih jelas akan mendorong harga menyusur lebih rendah menuju sekitar 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat