EUR/USD Susut Ke Paras Terendah 2 Minggu Menjelang Laporan NFP!

212

Ketika Pound alami penyusutan ketara selepas mesyuarat dasar monetari, US dolar berjaya mengekalkan pengukuhannya menuju ke penghujung minggu selepas disokong oleh isyarat pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) susulan berakhirnya mesyuarat FOMC.

Ucapan oleh Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde dalam satu acara persidangan ekonomi semalam dilihat masih menjurus pada kebimbangan ekonomi Eropah dan terus mendorong mata wang Euro bergerak lemah.

US dolar masih meneruskan peningkatan nilainya, namun pelabur berkemungkinan akan lebih berhati-hati menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pelabur telah menyaksikan penyusutan harga ke paras terendah 2 minggu dengan penurunan harian sekitar 100 pips dicatatkan pada Khamis semalam.

Menyambung momentum penurunan selepas mesyuarat FOMC, harga yang berlegar perlahan di sesi Asia sekitar 0.98300 telah meneruskan penurunan mencecah sekitar 0.97300.

Sedikit lantunan semula dilihat di sesi New York, namun tidak melepasi paras 0.98000 dengan jangkaan kecenderungan harga untuk menyambung penurunan lebih rendah.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih memberi isyarat trend bearish.

Jangkaan untuk penurunan lebih rendah dilihat bakal menguji zon tumpuan pada 0.97000 sebelum penurunan lanjut yang diteruskan sekiranya US dolar kekal kukuh boleh mencecah sehingga ke 0.95500.

Sebaliknya, jika berlaku lantunan semula harga melepasi rintangan 0.98000 dan halangan MA50, kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan menuju zon 0.99000 semula dengan isyarat perubahan trend akan dinilai pelabur.

Arah pergerakan lanjut harga dijangka akan lebih jelas untuk diperhatikan selepas laporan data pekerjaan NFP AS diterbitkan sebentar lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat