EUR/USD Susut Semula Bawah $1.0700 Ditekan Data Eropah

97

Pergerakan pasaran perlahan pada dagangan Selasa semalam dengan US dolar mendatar untuk beberapa sesi.

Pandangan penganalisis agak bercampur selepas menghadam laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan Jumaat lalu.

Ada yang melihat Federal Reserve (Fed) dijangka akan menghentikan kenaikan kadar faedah, dan ada juga yang menjangka pengetatan dasar oleh Fed masih akan diteruskan.

Sementara menunggu keputusan mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada minggu hadapan, pemain pasaran berkemungkinan akan mengambil langkah berwaspada pada minggu ini dahulu.

Mata wang US dolar walau bagaimanapun dilihat didagangkan kukuh berbanding Euro yang terkesan dengan bacaan suram pada data pesanan kilang Jerman dan jualan runcit Eropah.

Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, selepas pergerakan perlahan di sesi Asia harga mula menunjukkan penurunan dari paras 1.07300 hingga ke sekitar 1.06700.

Namun berlaku lantunan semula di sesi New York dan menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Rabu), harga perlahan di paras 1.07000.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) juga turut diuji yang akan memberi isyarat bagi pergerakan harga selanjutnya hari ini.

Sekiranya harga melantun turun semula menyambung penurunan semalam, harga akan menguji paras dicecah minggu lalu sekitar 1.06400 sebelum menuju ke zon tumpuan 1.06000.

Paras terendah terbaru 12 minggu akan dicatatkan dan harga berkemungkinan boleh jatuh hingga ke paras 1.05000 sekiranya corak bearish tersebut dikekalkan.

Namun jika harga berjaya melonjak di atas paras 1.07000 melepasi halangan MA50, akan menjadi petanda awal untuk perubahan corak harga untuk menaik ke atas semula.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menguji paras 1.08000 sebelum menyambung pendakian menuju zon 1.09000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat