EUR/USD Susut Semula Di Sesi New York, Apa Jangkaan Menjelang NFP?

323

US dolar melanjutkan penyusutan pada sesi Asia ke sesi Eropah semalam dengan momentum pergerakan daripada Rabu lalu ketika pasaran memberi tumpuan kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bernada dovish.

Namun, pada sesi New York semalam US dolar telah kembali paparkan pemulihan semula untuk mengurangkan kerugian sebelumnya.

Situasi ini telah didorong oleh oleh kenyataan beberapa ahli Fed yang dilihat bernada waspada dengan berpandangan langkah penurunan kadar faedah tidak sesuai untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Unjuran untuk dasar ketat sedia ada Fed bakal diteruskan, US dolar akan memiliki kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran.

Ketika pelabur meneliti kenaikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, penurunan kembali berlaku di sesi New York.

Harga yang pada mulanya mencapai ketinggian 1.08750 telah paparkan penurunan semula ke sekitar 1.08300 di penghujung sesi.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat), penurunan perlahan harga dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut untuk dinilai pelabur.

Sekiranya harga melantun dari garisan tersebut, kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan melepasi paras ketinggian dicapai semalam.

Seterusnya, harga akan melalui zon tumpuan pada 1.09000 dengan jangkaan reaksi menarik harga bakal dipaparkan.

Namun jika harga semakin ditekan jatuh pula di bawah sokongan MA50, paras terhampir yang dilihat bakal diuji adalah 1.08000.

Susut lebih rendah daripada itu akan menjadi isyarat bearish buat harga sebelum menuju ke paras dicecah awal minggu iaitu 1.07300.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat