EUR/USD Tak Lepas Naik Lebih Tinggi, Susut Semula Ke Zon $1.0800

159

Pergerakan pasaran pada Rabu semalam semakin rancak dengan turun naik harga pada julat yang lebih besar ketika pemain pasaran memberi reaksi terhadap berita dan data yang diterbitkan.

US dolar berjaya mengakhiri dagangan di penghujung sesi New York dengan pengukuhan semula setelah mengalami penyusutan pada sesi-sesi sebelumnya.

US dolar sedikit melemah di awal sesi New York ketika reaksi awal terhadap terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) dan jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang buruk.

Namun, penganalisis menilai data-data yang diterbitkan mencetus petunjuk ekonomi AS sedang ke arah kemelesetan di samping kadar inflasi yang telah turun 6 bulan berturut-turut.

Pasaran disajikan dengan pandangan hawkish oleh beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) seperti James Bullard (St. Louis), Loretta Mester (Cleveland) dan Esther George (Kansas City) yang melihat pengetatan dasar masih diperlukan untuk menurunkan kadar inflasi ke sasaran 2%.

Ini kembali memberi gambaran kenaikan kadar faedah yang agresif masih menjadi pilihan dan akan mendorong pengukuhan semula US dolar.

Sementara di Eropah, isyarat kembali kabur untuk dasar monetari European Central Bank (ECB) apabila penggubal polisi Francois Villeroy de Galhau menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi apa yang akan dilakukan bank pusat pada Mac.

Meneliti pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD pada Rabu semalam, harga dilihat membuat kenaikan mulanya kembali menguji ketinggian yang diuji sepanjang minggu ini iaitu sekitar 1.08700.

Namun susut semula di zon sokongan harga 1.08000 yang masih kekal menghalang harga daripada jatuh lebih rendah.

Harga mendatar perlahan di zon tersebut pada penutup sesi New York sehingga bersambung ke awal sesi Asia pagi ini (Khamis).

Jangkaan untuk penurunan lebih rendah jika diteruskan akan mendorong harga menuju ke zon tumpuan sebelum ini pada 1.07000.

Pergerakan trend bearish yang lebih jelas dipaparkan seterusnya dilihat boleh mencecah ke paras 1.06000.

Namun jika berlaku lonjakan semula dari zon 1.08000, paras ketinggian dicapai minggu ini berkemungkinan diatasi untuk menuju ke zon 1.09000 pula.

Melepasi rintangan tersebut akan mensasarkan pula kepada ketinggian 1.1000 untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 9 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat