EUR/USD Tak Menentu, Harga Susut Ke Zon $1.0800 Sebelum Melantun Semula

92

Pergerakan pasaran pada Selasa semalam kian bercelaru dengan harga bergerak turun naik dalam julat yang agak ketara (volatile) ketika debaran semakin terasa menjelang mesyuarat bank-bank pusat utama.

US dolar cemerlang didagangkan mengukuh di sesi Eropah semalam walaupun tiada faktor yang jelang menyokong, namun kecundang semula di sesi New York menutup keuntungan yang dicapai sebelum itu.

Jawapan keputusan mesyuarat FOMC dinantikan pada awal pagi Khamis ini yang bakal memacu arah pergerakan US dolar sebelum menuju pula terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu.

Berbeza berbanding Federal Reserve (Fed) dengan jangkaan kenaikan sebanyak 25 mata asas sahaja, European Central Bank (ECB) dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Mata wang Euro turut didagangkan suram semalam ketika disajikan dengan beberapa terbitan data ekonomi Eropah.

Ekonomi Eropah catat pertumbuhan tahunan pada 1.9% lebih baik berbanding jangkaan 1.8%, namun pada sisi negatif, jualan runcit di Jerman menguncup sehingga 5.3% untuk bulan Disember lalu, lebih buruk daripada angka ramalan.

Carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD semalam menyaksikan harga pada mulanya susut menuju zon 1.08000.

Seperti yang dijangkakan bakal memberi reaksi menarik, zon tersebut berjaya melantunkan semula harga naik sekitar 70 pips dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Arah pergerakan harga semakin sukar dijangka oleh pelabur pada hari ini yang semakin menghampiri waktu mesyuarat.

Jika kenaikan diteruskan, zon rintangan pada 1.09000 akan diuji sekali lagi setelah gagal ditembusi di awal minggu dan juga sepanjang dagangan minggu lalu.

Sekiranya keputusan mesyuarat FOMC mendorong lonjakan lebih tinggi, harga bakal mencapai paras sasaran pada 1.10000.

Namun jika sebaliknya penurunan harga pula yang dipamerkan, zon 1.08000 bakal menjadi tumpuan untuk dituju harga sekali lagi.

Jika berjaya tembus lebih rendah, penurunan bakal dilanjutkan menuju pula ke sekitar 1.07000 dengan memaparkan corak pergerakan trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat