EUR/USD Tak Tembus Support $1.0700, Harga Melantun Semula

174

Pengukuhan US dolar yang dipaparkan ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Selasa lalu dilihat tidak diteruskan pada dagangan Rabu semalam.

Penganalisis pasaran walau bagaimanapun kekal menjangkakan potensi untuk US dolar meneruskan pengukuhan semula namun perlu diperhatikan pada data-data terbaru yang akan diterbitkan.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga mendatar di atas paras sokongan 1.07000 selepas terjunan harga pada Selasa lalu menguji paras tersebut.

Gagal untuk ditembusi semalam, berlaku lantunan harga pada sesi New York ke paras 1.07300 dan harga perlahan di sekitar itu sehingga menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia hari ini (Khamis).

Pergerakan harga juga dilihat menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang bakal memberi petunjuk kepada pelabur untuk arah pergerakan selanjutnya.

Jika penurunan harga berlaku semula, paras sokongan 1.07000 bakal diuji lagi dan akan cuba untuk ditembusi bagi meneruskan corak penurunan sebelum ini.

Jika berjaya ditembusi, penurunan harga dijangka akan dilanjutkan menuju sasaran berikutnya sekitar 1.06000 selain mencatatkan paras terendah terbaru.

Namun jika harga paparkan lonjakan selepas melepasi halangna MA50, rintangan 1.08000 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) itu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon itu akan memberi isyarat bullish buat harga untuk mensasarkan ke paras 1.09000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat