EUR/USD Tamatkan Siri Kenaikan Harga 5 Hari Berturut-Turut

299

Corak pembetulan harga (correction) telah berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam selepas berjaya mencapai paras tertinggi terbaru 7 minggu.

Situasi ini dilihat telah mengakhiri siri kenaikan harga yang dikekalkan selama 5 hari berturut-turut.

Sebelumnya kenaikan harga telah diteruskan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC yang mendorong penyusutan lanjut oleh US dolar.

Namun setelah harga mencapai ketinggian terbaru pada 1.09300, harga kembali susut semula di bawah zon 1.09000 pada sesi New York semalam.

Namun, penganalisis masih melihat pergerakan harga masih dalam trend bullish, dan harga juga masih berlegar di paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Ini kerana US dolar masih dijangka untuk melemah bagi tempoh lebih lama disebabkan mesej dovish yang telah disampaikan oleh Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar monetari mereka sementara European Central Bank (ECB) pula masih belum selesai dalam mengetatkan dasar.

Data-data sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan dipantau pada hari ini yang akan mempengaruhi kedua-dua mata wang Euro dan US dolar.

Penurunan harga dilihat akan menuju ke zon 1.08000 dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga melantun semula, trend bullish sebelum ini bakal diteruskan kembali dan harga berkemungkinan mampu menutup dagangan di penghujung minggu ini ke paras lebih tinggi.

Melepasi zon 1.09000 akan mensasarkan pada ketinggian seterusnya yang berada pada 1.10000.

Sebaliknya waspada jika harga telah menjunam di bawah zon 1.08000 dan menembusi sokongan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend bearish.

Harga boleh susut kembali menuju 1.07000 atau mencecah hingga paras 1.06000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat