Setelah menanti petunjuk sejak minggu lalu, pelabur akhirnya mendapatkan arah yang lebih jelas untuk pergerakan harga semasa dalam pasaran.
US dolar kini paparkan penyusutan ketara ekoran reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC yang terakhir 2023 pada awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50% seperti yang dijangkakan dan Pengerusi Jerome Powell mengulas berkenaan keputusan tersebut yang dinilai penganalisis sebagai bernada dovish.
Susulan tersebut, US dolar telah menjunam dan kembali membuka ruang kepada mata wang utama untuk mengukuh semula terutama Euro.
Seperti yang diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga sebelum ini telah mula menunjukkan tanda-tanda awal untuk perubahan trend bullish berlaku.
Namun kenaikan harga yang dipaparkan dilihat tersekat di paras rintangan 1.08000 sejak Selasa sehingga Rabu semalam.
Penurunan harga pula tidak berlaku melihatkan harga meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut untuk 2 hari berturut-turut.
Akhirnya setelah mesyuarat FOMC awal pagi tadi, barulah harga berjaya melonjak kukuh menembusi 1.08000 berikutan US dolar yang mengalami penyusutan.
Lonjakan lebih 100 pips menyaksikan harga telah mencapai zon tumpuan 1.09000 pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).
Dengan momentum yang dijangka akan dikekalkan, harga bakal melanjutkan kenaikan lebih tinggi menuju ketinggian paras 1.10000.
Paras tersebut menjadi sasaran harga yang sebelum ini menjadi zon rintangan diuji pada dagangan penghujung November lalu.
Namun pelabur perlu kekal berwaspada jika situasi kembali berubah menyaksikan harga berpatah arah membuat penurunan semula menuju penghujung minggu.
Untuk penurunan yang berlaku, paras 1.08000 bakal diperhatikan dengan jangkaan bakal ada reaksi semula harga pada sekitar itu.
Jika harga tembus ke bawah, ini akan menjadi amaran untuk harga melanjutkan penurunan dengan sasaran adalah pada 1.07000.
Tumpuan pelabur akan turut terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) hari ini yang boleh mempengaruhi pergerakan mata wang Euro.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG