EUR/USD Tembus $1.1000 Catat Paras Ketinggian Terbaru Lagi!

119

Dijangka sendu dan perlahan, namun pergerakan pasaran di awal minggu sudah mula rancak khususnya di sesi New York dengan bahang NFP minggu lalu masih terasa.

US dolar menyambung penyusutan sehingga ke penghujung sesi New York, menyambung momentum pergerakan ketika terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Namun, ada kejutan terlebih dahulu buat pelabur di pembukaan awal sesi New York itu menyaksikan US dolar mengukuh dahulu sebelum sambung menyusut.

Ini dipengaruhi oleh kenyataan oleh pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) yang menyatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan masih diteruskan lagi membuatkan US dolar kukuh seketika.

Pun begitu, kitara pengetatan dasar oleh bank pusat dikatakan semakin menghampiri ke penghujungnya, menyebabkan US dolar kembali melemah semula menjangkakan bahawa bank pusat bakal beralih ke fasa pelonggaran dasar pula selepas ini.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD diperhatikan mendatar di sesi Asia dan Eropah semalam, namun mula rancak di sesi berikutnya.

Pembukaan sesi New York melihatkan harga sedikit ditekan ke paras 1.09500 sebelum akhirnya melonjak mencapai paras tumpuan 1.1000.

Paras tersebut merupakan rintangan buat harga yang diuji pada dagangan Jun lalu ketika merekodkan paras tertinggi 2 bulan.

Kini, harga yang meneruskan lagi kenaikan di sesi Asia pagi ini (Selasa) melewati paras 1.1000 telah memecah rekod ketinggian baru.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut mencadangkan trend kekal bullish.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan lagi, harga bakal menguji zon 1.10700 sebelum sasaran lebih tinggi akan beralih kepada 1.12000 untuk dituju.

Manakala, jika harga gagal bertahan di atas 1.10000, penurunan harga boleh berlaku menuju semula zon 1.09000.

Penurunan yang dilanjutkan akan menuju zon tumpuan yang akan menjadi sokongan buat harga pada 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat