EUR/USD Terus Turun, Sikit Lagi Nak Sentuh $1.0700!

142

US dolar kekal mendominasi dengan pengukuhan diteruskan pada sesi New York semalam selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang positif.

Bacaan kedua bagi data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku pertama 2023 meningkat kepada 1.3% berbanding bacaan awal pada 1.1% sebelum ini.

Sementara, data tuntutan faedah pengangguran AS catat peningkatan yang rendah iaitu 229,000 (225,000 sebelum) berbanding ramalan pada 249,000.

Walaupun perlahan, namun US dolar dilihat masih lagi mengekalkan pengukuhannya itu menuju ke penghujung minggu.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan harga meneruskan penurunan menghampiri paras tumpuan 1.07000.

Namun harga mendatar di atas kawasan tersebut di penghujung sesi New York sehingga bersambung ke pembukaan awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Pergerakan harga kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menunjukkan isyarat trend bearish.

Jika penurunan masih diteruskan, harga dilihat akan cuba menguji paras 1.07000 atau berjaya tembus lebih rendah jika US dolar kekal kukuh menekan harga jatuh.

Sasaran harga seterusnya akan beralih pada 1.06000 untuk penurunan selanjutnya dan harga juga akan catatkan paras terendah terbaru 10 minggu.

Namun jika kenaikan harga berlaku semula, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan harga naik menguji semula rintangan pada paras 1.08000.

Setelah melepasinya, barulah harga akan menuju kembali ke zon 1.09000 dengan isyarat perubahan trend bullish buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat