EUR/USD Teruskan Penurunan Susulan Komen Hawkish Oleh Fed

299

US dolar berjaya mengukuhkan kedudukannya pada dagangan minggu ini memberi tekanan terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Faktor utama yang dilihat memberi sokongan terhadap pengukuhan US dolar adalah petunjuk hawkish oleh Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetarinya berdasarkan komen oleh Gabenor Fed, Lael Brainard.

Komen positif beliau itu juga telah mendorong lonjakan pada hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ke paras ketinggian terbaru sejak April 2019, sekitar 2.60%.

Justeru, pelabur dapat melihat penurunan harga pada trend bearish yang lebih jelas pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada dagangan Selasa semalam.

Sementara itu, Euro terus didagangkan lemah susulan tekanan konflik Rusia-Ukraine yang memberi impak terhadap ekonomi Eropah.

Euro yang bergerak dalam tekanan di samping pengukuhan US dolar, akan mendorong jangkaan pelabur untuk menyaksikan harga susut lebih rendah menuju penghujung minggu.

Dengan paras 1.1000 yang kekal menjadi rintangan, harga telah membuat menyambung penurunan semalam sehingga ke penghujung sesi New York ke zon jangkaan pada ‘checkpoint’ pertama iaitu 1.09000.

Sekiranya pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah menuju zon support 1.0800.

Harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD dijangka untuk terus bergerak dalam trend bearish.

Sekiranya pergerakan harga mula beralih arah membuat kenaikan dan melepasi halangan MA50, pelabur perlu berhati-hati untuk perubahan trend harga.

Kenaikan yang melepasi rintangan pada 1.1000 berkemungkinan akan mendaki semula menuju ketinggian sekitar 1.12000 untuk menguji zon rintangan tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat