Kalau Nak Tahu, Inilah Sebab USD Meroket Tinggi!

4,914

US dolar meroket ke paras tertinggi hampir dua tahun selepas mendapat sokongan oleh kenyataan hawkish daripada penggubal dasar Federal Reserve (Fed) mengenai pengetatan dasar monetarinya.

Gabenor Fed, Lael Brainard mengatakan bahawa Fed akan terus mengetatkan dasar melalui beberapa siri kenaikan kadar faedah dan akan mula mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet) pada kadar yang pantas secepatnya bulan depan.

Brainard menjangkakan kesan gabungan kenaikan kadar dan pengurangan kunci kira-kira akan membawa pendirian dasar bank pusat kepada kedudukan yang lebih neutral pada akhir tahun ini.

Susulan kenyataan tersebut, dolar greenback menokok lebih tinggi berbanding pesaing utamanya, selain turut disokong oleh ketidaktentuan sentimen di Eropah yang membenam mata wang euro lebih rendah.

Belum reda daripada tekanan disebabkan krisis Ukraine-Rusia, Eropah kini berdepan risiko baharu menjelang pilihan raya presiden Perancis pada Ahad. Kebimbangan ini menolak mata wang euro ke paras terendah hampir dua tahun berbanding USD.

Sementara itu, pengukuhan greenback turut menolak dolar Aussie untuk kembali menghapuskan sebahagian daripada keuntungan yang dicatatkan pada Selasa.

Walaupun susut dari puncak tertinggi 10 bulan, dolar Aussie dilihat masih didagangkan lebih tinggi kerana disokong kenyataan hawkish daripada Bank Pusat Australia (RBA) mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah dalam beberapa bulan akan datang.

Pelabur kini menantikan penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti, untuk mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai langkah pengetatan dasar oleh Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat