EUR/USD Turun Naik Beri Reaksi Terhadap Data ADP & ISM

116

Pergerakan menarik dipaparkan oleh mata wang US dolar pada dagangan sesi New York semalam ketika memberi reaksi terhadap data-data yang diterbitkan.

Di awal sesi, US dolar melemah seketika susulan data pekerjaan ADP hadir dengan angka yang lebih rendah berbanding ramalan dan bulan sebelumnya.

Namun, raja mata wang itu kembali paparkan pengukuhan selepas data tinjauan ISM sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) pula diterbitkan dengan angka yang meningkat ke paras tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Situasi dilihat semakin sukar untuk Federal Reserve (Fed) untuk keputusan penetapan dasar monetari mereka dengan petunjuk yang bercampur-campur.

Sementara European Central Bank (ECB) dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat malam nanti, mengikuti jejak langkah Bank of Canada (BOC) yang telah menurunkan kadar faedah pada mesyuarat semalam.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga membuat kenaikan dahulu ke paras 1.08900 sebelum turun semula ke sekitar 1.08550.

Penurunan tidak dilanjutkan apabila harga melantun semula pada dagangan penutup sesi sebelum corak kenaikan dipamerkan pada sesi Asia pagi ini (Khamis) menuju zon 1.09000 semula.

Sekiranya zon rintangan itu berjaya harga lepasi, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai paras tumpuan berikutnya yang berada pada zon 1.10000.

Sebaliknya, jika harga kembali menunjukkan tanda-tanda untuk penurunan berlaku, paras sokongan pada 1.08000 dijangka akan menjadi tumpuan untuk diuji lagi.

Penurunan lebih rendah boleh dijangkakan dengan dorongan reaksi data NFP yang bakal diterbitkan pada Jumaat untuk harga melanjutkan penurunan hingga ke paras 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat