EUR/USD – Zon $1.0800 Masih ‘Kebal’ Dari Ditembusi!

213

Reaksi bercampur pasaran diperhatikan pada dagangan sesi terakhir minggu lalu menyaksikan pergerakan ketara berlaku ke atas US dolar.

Menjadi tumpuan, data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Februari adalah lebih rendah berbanding ramalan.

Isyarat penguncupan sektor itu mencadangkan kecenderungan untuk Federal Reserve (Fed) bersedia untuk beralih kepada fasa pelonggaran dasar monetari mereka.

Beberapa lagi data penting akan diberi tumpuan minggu ini termasuk laporan pekerjaan NFP untuk pelabur terus dapatkan petunjuk dasar Fed tersebut.

Meneliti pergerakan harga yang berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, terdapat zon penting yang diperhatikan.

Beberapa kali harga dilihat menguji zon RBS (resistance become support) 1.08000 dan berlaku perubahan arah.

Cubaan penurunan harga gagal diteruskan apabila harga kembali melantun naik semula dan situasi tersebut juga berlaku pada sesi terakhir minggu lalu.

Lonjakan harga menuju penutup sesi itu memberi isyarat awal untuk kemungkinan perubahan trend untuk dagangan awal minggu ini pula.

Harga telah membuat kenaikan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut sebelum ditutup di sekitar 1.08400.

Harga menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini dan bergerak sedikit menaik dari paras penutupan sebelumnya itu.

Sekiranya US dolar kekal melemah, harga akan didorong membuat kenaikan lebih tinggi untuk mengatasi paras yang dicapai minggu lalu.

Sasaran adalah untuk menuju ke zon tumpuan pada 1.09000.

Sebaliknya, jika berlaku penurunan semula, harga akan kembali cecah zon 1.08000 untuk menguji support semasa buat harga itu.

Jika tembus, pergerakan bearish yang lebih jelas akan menjangkakan harga untuk menuju ke paras tumpuan berikutnya pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat