Euro Kekal Lemah Pada Selasa, Ini Tumpuan Pasaran Ketika Ini

43

Harga emas jatuh agak banyak dalam sesi Isnin dari $1280.18 kepada $1276.22 setakat pukul 9.30 malam pada Selasa. Kejatuhan harga emas disebabkan oleh pengukuhan US dolar.

Pergerakan harga dalam pasaran tukaran matawang seakan tidak jelas, dengan pasangan-pasangan matawang juga bergerak naik-turun (volatile) khususnya EUR/USD dan GBP/USD.

Dengan kejatuhan matawang Euro ketika ini, ia dilihat turut menyokong US dolar. Walaupun terdapat risiko dalam politik negara terbesar Kesatuan Eropah Jerman, namun pelabur kurang untuk beralih kepada aset safe-haven seperti emas, Yen dan Swissy. Apa yang kita lihat adalah pengukuhan matawang US dolar pada Isnin walaupun dengan ketiadaaan sebab yang kukuh.

Fokus ketika ini adalah kepada minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada pukul 3 pagi Khamis. Kita mungkin akan melihat pergerakan yang lebih banyak selepas minit ini dikeluarkan di mana pelabur akan mendapat lebih banyak maklumat tentang perkara yang dibincangkan oleh ahli-ahli The Fed.

Fokus juga masih terarah kepada perkembangan ‘potongan cukai US’ yang akan diperdebatkan pula di Senat selepas House of Representative meluluskan cadangan potongan cukai tersebut minggu lalu.

Kita dijangka akan melihat satu kenaikan US dolar jika cukai ini diluluskan oleh Senat. Namun, berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Reuters, ramai pemerhati pasaran yang melihat ia tidak akan diluluskan sehingga tahun hadapan.

Pagi nanti pada Rabu pukul 7 a.m. pasaran akan cuba mendapatkan maklumat daripada Pengerusi The Fed Janet Yellen tentang kenaikan kadar faedah pada Disember. Jika dilihat dari segi potensi kenaikan kadar faedah di CME Group, kebarangkalian kenaikan kadar faedah Disember masih berada di paras tertinggi 90%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat