Euro Terus ‘Tenggelam’ Selepas Mesyuarat ECB, Ini Perkara Penting Perlu Diketahui ‘Trader’!

422

Matawang Euro susut berbanding US dolar dan nasib yang sama juga menimpa hasil bon zon Eropah yang turut mengalami kejatuhan selepas Bank Pusat Eropah memilih untuk tidak memberi isyarat sebarang perubahan bermakna dalam pendirian dasarnya selepas mesyuarat majlis tetapnya pada Khamis.

Matawang Euro susut sebanyak 0.86% berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.0791. Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama pula mengukuh 0.62% kepada paras dagangan 100.526. Matawang Euro telah susut sebelum ECB mengumumkan keputusan polisinya lagi dan melanjutkan penyusutan selepas pengumuman.

Seperti yang dijangkakan ECB mengambil keputusan untuk mengekalkan pengamalan polisinya dengan kadar faedah rasmi tidak berubah. Hasil bon 10 tahun zon Euro kebanyakannya turun sebanyak 1 atau 2 mata asas.

Mesyuarat itu merupakan peluang terakhir yang dijadualkan selama lapan minggu bagi ECB untuk bertindak balas terhadap lonjakan inflasi yang ketara dan semakin membimbangkan, apabila ia telah mencecah 7.5% pada bulan Mac. Bacaan ini adalah yang tertnggi sejak tahun 1999 lagi.

ECB menyatakan dalam mesyuaratnya bahawa mereka berhasrat untuk menamatkan pembelian bon bersih pada suku ketiga. Walau bagaimanapun, dengan memerhatikan ketidaktentuan besar bagi ekonomi zon Eropah yang dicetuskan oleh perang di Ukraine, ECB menyatakan bahawa kenaikan kadar adalah bergantung pada data pada ketika itu.

Dalam keadaan semasa ketidaktentuan yang tinggi, Majlis Pentadbiran akan mengekalkan pilihan, beransur-ansur dan fleksibiliti dalam pengendalian dasar monetari. Majlis Pentadbiran akan mengambil apa sahaja tindakan yang diperlukan untuk memenuhi mandat ECB dalam mengejar kestabilan harga dan menjaga kestabilan kewangan.”

ECB meletakkan matlamat kestabilan harga hanya dapat dikatakan dicapai apabila kadar inflasi sebanyak 2% dalam jangka sederhana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat