Euro Tiba – Tiba Kecundang, Trader Beralih Tumpuan Pada Data Penting Pasaran A.S!

200

Mata wang Euro susut selepas beberapa data menggariskan jangkaan pasaran kenaikan 25 mata asas ECB yang lebih kecil minggu ini, manakala dolar Aussie melonjak lebih 1% berbanding dolar pada hari Selasa selepas kenaikan kadar bank pusat yang mengejut.

Pada minggu ini juga terdapat beberapa data penting untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa akan dikeluarkan termasuk penawaran kerja, data NFP serta mesyuarat Rizab Persekutuan yang berakhir pada hari Rabu.

Mata wang Euro terakhir didagangkan pada $1.0973, tidak berubah pada hari itu, dan kembali ke bawah paras simbolik $1.10 selepas data hari Selasa menunjukkan bank zon eropah berhasrat untuk mula memperlahankan kenaikan kadar dan inflasi utama akhirnya jatuh.

Bacaan awal indeks harga pengguna bagi bulan April meningkat kepada 7.0% pada asas tahunan sejajar dengan ramalan ahli ekonomi, berikutan kenaikan semula harga tenaga. Walau bagaimanapun, inflasi teras, perlahan sedikit kepada 5.6%, menganggarkan bahawa angka itu akan kekal tidak berubah.

Tumpuan pelabur pula beralih kepada data JOLTS yang akan dikeluarkan pada malam ini. Menurut Samy Chaar, ketua ekonomi di Lombard Odier, penganalisis menjangkakan the Fed akan menaikkan 25 mata asas. Pasaran beri tumpuan pada data JOLTS untuk dapatkan indikasi lebih lanjut.

Disisi lain dolar Australia melonjak sebanyak 1.2% selepas Reserve Bank of Australia (RBA) menaikkan kadar tunai kepada 3.85% dan berkata pengetatan selanjutnya mungkin diperlukan untuk memastikan inflasi kembali ke sasaran dalam jangka masa yang munasabah. Dolar New Zealand mengikuti mata wang Australia meningkat 0.55% kepada $0.6201.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat