EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mar 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar terus merudum jatuh lebih 125 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0697; setelah spekulasi memenuhi pasaran bahawa Greece berkemungkinan bangkrap dan terpaksa keluar dari Kesatuan Eropah.  Kemungkinan ini nampaknya semakin cerah, dengan pelbagai konflik antara kerajaan baru Greece pimpinan parti Syriza dan ‘troika’ yang terus mengeruhkan lagi keadaan.

Selepas dari mesyuarat menteri kewangan Euro-Zone Isnin lepas, ketua komisioner ECB Jeroen Dijsselbloem menggesa Athens jangan membuang masa dan terus melakukan reformasi tanpa berlengah lagi.  Euro yang telah jatuh lebih 400 pips dalam masa 2 minggu sahaja bulan ini, terus menerus menerima tekanan jualan semenjak ECB mengumumkan pakej ransangan QE (Quantitative Easing) Januari lalu.

Hari ini presiden ECB Mario Draghi bakal berucap lagi, bagi menenangkan pasaran dan hanya data berimpak sederhana sahaja yang bakal dilaporkan dari Amerika Syarikat.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat