EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Sep 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar terus memacu naik lebih 120 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1295 sebelum menutup sekitar paras 1.1280; setelah pasaran memberi reaksi yang positif kepada komen Presiden ECB En Mario Draghi; dengan indeks Eropah meningkat sekitar 2%, walaupun euro jatuh 1% sebelumnya. Ini menunjukkan korelasi negatif antara euro dan pasaran ekuiti Eropah, seperti yang telah terjadi kepada pasaran ekuiti Jepun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di pasaran global, China diberitakan bersedia untuk menghasilkan satu dasar fiskal yang kukuh bagi merangsang pertumbuhan ekonominya, seperti memperuntukkan lebih banyak dana untuk projek-projek infrastruktur dan potongan cukai untuk perniagaan kecil, menurut kementerian kewangan negara itu.

[adrotate group=”6″]

Ketidakpastian tentang pertumbuhan China telah menggoncangkan pasaran ekuiti di seluruh dunia dan menyemarakkan spekulasi bahawa ekonomi global adalah terlalu penuh dengan risiko, untuk Fed menaikkan kadar pada bulan-bulan akan datang. Kadar AS yang lebih tinggi dilihat sebagai satu rahmat kepada dolar, kerana ianya membuatkan mata wang tersebut lebih menarik kepada para pelabur.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat