EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2016

34

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar jatuh lebih 115 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0845 sebelum menutup sekitar paras $1.0860; setelah pasaran memberikan reaksi kepada laporan NFP AS Jumaat lalu. Namun, permintaan untuk Euro dijangka akan berterusan, terutamanya apabila para pelabur mencairkan pegangan belian ekuiti mereka dalam pasaran Eropah. Pada masa yang sama, ECB kini hanya separuh jalan untuk memperluaskan perlaksanaan program pembelian aset, setelah selesai kira-kira €592 bilion atau hanya kira-kira 39.5% daripada pengembangan €1.5 trilion.

Pada kadar pelaburan €60 bilion sebulan, ECB masih mempunyai sekitar €900 bilion untuk dibelanjakan bagi program pembelian aset. Euro seolah-olah mendapat manfaat dalam jangka  masa pendek sekiranya persekitaran pasaran yang membimbangkan ini berlarutan, tetapi apabila pasara kembali tenang, ia mungkin kehilangan permintaan dengan cepat.

[adrotate group=”6″]

Dengan kalendar ekonomi yang tenang semalam, pasaran tertumpu kepada ulasan daripada Dennis Lockhart dan Robert Kaplan, Presiden Feds cawangan Atlanta dan Dallas, yang akan memberi petunjuk tentang bagaimana kegawatan pasaran baru-baru ini, boleh memberi kesan kepada kenaikan kadar yang dirancang untuk tahun 2016. Retorik mencadangkan Bank Pusat AS akan menekan dengan dasar normalisasi yang boleh meningkatkan nilai Dollar.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone dan Amerika Syarikat hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat