EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Oct 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar terus memacu naik untuk hari kedua berturut-turut, lebih 115 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1385 sebelum menutup sekitar paras 1.1360; setelah dolar AS terus lemah berpunca daripada pengumuman negatif FOMC Federal Reserve AS dan komen bahawa jika ada kejutan pada masa akan datang; kadar negatif, QE dan bimbingan ke hadapan boleh dipertimbangkan.

Indeks dolar AS menuju penurunan mingguan terbesar sejak Jun, selepas minit mesyuarat FOMC bulan lalu menunjukkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) membincangkan bagaimana mata wang AS yang kuat, melemahkan inflasi dan eksport.  Indeks dolar AS yang membuka pada sekitar paras 96 minggu lepas, menutup sekitar paras 94.90 Jumaat lalu.

[adrotate group=”6″]

“Minit FOMC telah diambil sebagai agak negatif,” jadi “secara umum dolar AS lemah,” menurut Ulrich Leuchtmann, ketua strategi tukaran asing Commerzbank AG di Frankfurt, Jerman.  Bersama dengan keadaan ini, ialah data pemulihan aktiviti perkilangan dan pembuatan di Perancis; jadi ia adalah sesuatu yang pemangkin untuk kenaikan euro-dolar, menurut para penganalisis.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat