EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009Euro Dollar terus jatuh lagi Selasa semalam, lebih 100 mata sepanjang sesi dagangan London hingga mencecah 1.1753 sekaligus membatalkan “bullish engulfing candle” yang dibentuk pada Jumaat lalu. Buat masa ini, pasaran hanya dilihat berubah arah dalam masa terdekat, sekiranya harga tertinggi pada Isnin lalu, sekitar 1.1871 dapat diatasi.  Euro jatuh ke paras terendah dalam masa 9 tahun, selepas pasaran membuat spekulasi bahwa ECB bakal membeli bon-bon kerajaan Negara Kesatuan Eropah sebagai langkah meningkatkan dana, bagi menjana aktiviti ekonomi Euro-Zone.

Pada masa yang sama, US Dollar Index terus memacu naik dan mencabar harga tertinggi minggu lalu, sekitar 92.74, dan hanya dilihat berubah arah sekiranya harga terendah Isnin lalu, sekitar 91.85 dibolosi.  US Dollar Index telah meningkat naik selama 6 bulan berturut-turut sejak Julai lalu, setelah Federal Reserve AS diberitakan bakal menaikkan “interest rate” tahun ini.  Kenaikan lebih 1,200 mata itu sekaligus menyebabkan Euro merudum teruk, lantaran ianya merupakan komponen matawang terbesar dalam index tersebut.

Hari ini, data ekonomi inflasi Perancis, pulangan bon Jerman, dan “industrial production” tahunan Euro-Zone bakal diperhatikan.  Di Amerika Syarikat pula, jualan runcit yang dijangka menyusut dari 0.7% kepada -0.1% dilihat bakal mempengaruhi Dollar.  Pasaran dijangka terus “ranging” dalam julat setinggi 1.1880 hingga 1.1750 hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat