EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Dis 2015

35

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 125 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1010 ke serendah $1.0885, sebelum menutup sekitar paras $1.0910 yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $1.0930; setelah Federal Reserve AS memenuhi jangkaan pasaran dengan menaikkan kadar buat kali pertama dalam hampir 10 tahun. Feds dalam keputusannya awal pagi tadi, menaikan kadar pinjaman semalaman antara bank, sebanyak 25 mata asas kepada 0.5%.

Di pasaran Eropah, Eurostat melaporkan bahawa inflasi harga pengguna Euro-Zone meningkat 0.2% pada bulan lepas, meningkat daripada anggaran awal sebanyak 0.1%. Sebelum itu, inflasi Euro-Zone meningkat 0.1% pada bulan Oktober. Kadar yang kini telah berada di bawah 1% selama 26 bulan berturut-turut, masih jauh di bawah sasaran Bank Pusat Eropah sebanyak 2%.

[adrotate group=”6″]

Laporan itu dibuat selepas kumpulan penyelidikan Markit berkata, Indeks Komposit Pengeluaran Euro-Zone, yang mengukur gabungan pengeluaran kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan, susut turun dari 54.2 mata pada November kepada 54.0 mata pada bulan Disember, di bawah ramalan 54.2 mata. Pada masa yang sama, Markit berkata Indeks PMI Pembuatan Jerman, meningkat kepada 53.0 mata pada bulan ini daripada bacaan akhir 52.9 mata pada bulan November lalu, manakala Indeks PMI Perkhidmatan turun kepada 55.4 mata daripada 55.6 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat